Ayat tanya dibentuk dengan menambahkan tanda tanya か pada penghujung pernyataan. はい yang diguna pada permulaan ayat afirmatif adalah untuk menjawab pertanyaan.
A: あなたは ジョンさんですか。
Adakah anda John?
B: はい、わたしは ジョンです。
Ya, saya John.
さん adalah akhiran hormat yang diletak pada nama orang (nama keluarga, nama, atau nama keluarga + nama). Perhatikan bahawa さん sekali-kali tidak diguna pada nama sendiri.
せんせい, yang bermaksud “seorang pengajar”, boleh diguna untuk merujuk kepada guru - misalnya, guru tadika, guru sekolah rendah, atau professor kolej. Apabila bercakap dengan seorang guru, panggilan nama bagi guru harus berbentuk: nama keluarga + せんせい. Jangan gunakan ~さん untuk memanggil guru anda.