Ini adalah bentuk asas ayat pasif. Bentuk aktifnya ialah XはYをVます. Y, iaitu objek langsung (penerima perbuatan) ayat aktif, digambarkan sebagai subjek dalam ayat pasif. X adalah pelaku, atau orang yang melakukan perbuatan dan Y adalah orang yang menerima perbuatan itu.
Mana dimarahi gurunya.
Guru memarahi Mana.
5だんどうし / consonant-root verbs / -u verbs | |||
|
|||
|
|||
1だんどうし / vowel-root verbs / -ru verbs | |||
|
|||
ふきそくどうし / irregular verbs | |||
|
Perhatikan bahawa bentuk pasif adalah sama dengan bentuk potensi (Pelajaran 16-1) untuk kata kerja berpangkal vokal (1だんどうし) dan 来る(datang).
Semua kata kerja dalam bentuk pasif berkonjugasi sebagai kata kerja berpangkal vokal atau 1だんどうし.
はなされます はなされる はなされない はなされた |
みられます みられる みられない みられた |
こられます こられる こられない こられた |
わたしは先生に ほめられました。
Saya dipuji oleh guru saya.
あの先生は学生たちに そんけいされています。
Guru itu dihormati pelajar-pelajarnya.
Perbuatan yang dinyatakan oleh kata kerja しょうかいする(memperkenal) melibatkan tiga orang, oleh yang demikian, dua ayat pasif yang berbeza boleh dibentuk daripada ayat Aさんは Bさんを Cさんに しょうかいしました(Encik/Cik A memperkenalkan Encik/Cik B kepada Encik/Cik C).
Saya diperkenalkan kepada Encik/Cik C oleh Encik/Cik A.
Saya diperkenalkan kepada Encik/Cik B oleh Encik/Cik A.