Struktur di atas meununjukkan berbezaan antara N1 dan N2, yang berkategori sama. N2 diberi penekanan dengan penggunaan なら. Ia lazim diguna apabila memberi jawapan negatif dan menawarkan cadangan lain. Susunan dua klausanya boleh bertukar kedudukan. Dalam erti kata lain, klausa yang mengandungi なら boleh diletakkan dahulu kemudian diikuti dengan kalusa yang mengandungi は.
Adakah hari Sabtu sesuai bagi anda?
Hari Sabtu tidak, tetapi kalau hari Ahad sesuai bagi saya.
Hari Ahad sesuai bagi saya, tetapi kalau hari Sabtu tidak.
A: ジュースはありますか。
Anda ada jus?
B: ジュ-スはありませんが、水ならあります。
Saya tidak ada jus tetapi kalau air ada.
わたしはテニスならやりますが、ほかのスポ-ツはやりません。
Kalau tenis saya main, tetapi saya tidak jenis sukan lain.
Apabila frasa Nなら digunakan dengan partikel seperti Tempat へ, Tempat で, atau orang と, partikel-partikel ini di letakkan di antara N dan なら.
ほかの所へは行きたくありませんが、京都へなら行きたいです。
Saya tidak mahu melawat tempat lain, tetapi kalau Kyoto saya mahu.
工場の中では写真をとってはいけませんが、外でならいいです。
Anda tidak boleh mengambil gambar di dalam kilang, tetapi kalau di kawasan luar boleh.
Lesson 9-5「わたしはコーヒーは飲みますが、こうちゃは飲みません。」
Saya minum kopi, tetapi saya tidak minum teh.
Lesson 21-3「北海道へ行くなら、ひこうきが便利です。」
Kalau anda pergi ke Hokkaido, lebih selesa menaiki kapal terbang.