Apabila kata kerja emosi digunakan dalam struktur kausatif di atas, ia menunjukkan bahawa emosi/perasaan Y terbangkit oleh perbuatan X. Kata kerja emosi/ perasaan yang boleh digunakan dalam bentuk kausatif adalah: わらう(ketawa; senyum), おこる(marah), よろこぶ(gembira), つかれる(penat), びっくりする(terkejut), 心配する(risau), dan lain-lain.
Dalam hal ini, tiada perbezaan dalam kedudukan sosial di antara X dan Y. Perhatikan Y ditanda dengan を, bukan に.
田中さんは、じょうだんを言って、みんなを わらわせました。
Encik/Cik Tanaka membuat semua orang ketawa dengan lawaknya.
わたしは、大きい声を出して、友だちを びっくりさせました。
Saya memberi kejutan kepada kawan-kawan dengan meninggikan suara saya.