Ungkapan ini menunjukkan bahawa seorang bertanggungjawab membuat sesuatu. Letakkan なければ なりません selepas Vない. Vない merujuk kepada apa yang tinggal setelah menggugurkan akhiran ない pada kata kerja bentuk -Nai.
Lihat muka surat 50 untuk pembentukan kata kerja bentuk -Nai.
外国旅行の 時、パスポートを もって 行かなければ なりません。
Anda mesti membawa paspot bersama semasa melancung ke luar negeri.
いつも けんこうに ちゅういしなければ なりません。
Kita mesti sentiasa berhati-hati terhadap kesihatan kita.