V1 bentuk kamus + 時 menunjukkan masa sebelum perbuatan yang dinyatakan oleh kata kerja (V1) sudah selesai atau bermula. Perbuatan yang dinyatakan oleh V2 berlaku sebelum perbuatan yang dinyatakan V1 berlaku. V1 た 時, sebaliknya menunjukkan masa bila perbuatan (V1) sudah selesai.V1 berada sebelum V2.
ビザを とる時、大使館に 行かなければ なりません。
Kita mesti pergi ke kedutaan apabila memohon untuk mendapatkan visa.
駅を 出る時、駅員に きっぷを わたします。
Apabila kita keluar dari stesen keretapi kita menghulurkan tiket kepada penjaga tiket.
よる、人と 会った時、「こんばんは。」と あいさつを します。
Kita mengucapkan “Konbanwa”apabila bertemu seseorang di waktu malam.
Perhatikan bahawa subjek dalam klausa subordinate ditanda dengan が, bukan は:
わたしが 入院する時、母は とても 心配しました。
Ketika saya dimasukkan ke hospital ibu saya begitu bimbang sekali.
わたしが 元気に なった時、母は 安心しました。
Apabila saya sihat ibu saya lega.