や dan か ialah partikel yang menghubung kata nama. や(dan) diguna untuk menamakan beberapa perkara daripada senarai yang lebih panjang. Penggunaan や memberi implikasi bahawa terdapat barang/ orang lain yang penutur tidak sebut. など diletakkan selepas kata nama terakhir. か(atau) digunakan untuk memilih satu daripada beberapa pilihan yang ada. Perhatikan と(dan) digunakan untuk menyenaraikan semua orang/benda yang terlibat.
ほんや ノートなどを かいます。
Saya akan membeli barang-barang seperti buku dan buku nota./Saya akan membeli buku, buku nota dan lain-lain lagi.
ほんか ノートを かいます。
Saya akan membeli sebuah buku atau sebuah buku nota.
Lesson 1-10「マリアさんと ローラさんは フィリピンの 学生です。」
Maria dan Laura adalah pelajar Filipina.