Bentuk di atas adalah bentuk pasif kepada bentuk aktif XはYのNをVます. N adalah sebahagian daripada tubuh badan Y atau barang kepunyaan Y. Bukan N, tetapi Y (iaitu, orang yang memiliki N) yang menjadi subjek ayat. Biasanya, Y menderita atas kerosakan yang disebabkan oleh X.
弟は兄に顔を なぐられました。
Adik lelaki saya dipukul di muka oleh abang saya.
←兄は弟の顔を なぐりました。
Abang saya memukul adik lelaki saya di muka.
母はどろぼうに財布を ぬすまれました。
Ibu saya dicuri dompetnya oleh seorang pencuri.