Partikel は menandakan perkara yang bertentangan (iaitu,N1 dan N2). Partikel を dan が dalam ayat asal diganti dengan は, sementara partikel seperti に dan へ tidak diganti dengan は, tetapi mendahului は dan membentuk pelbagai partikel には, へは, dan sebagainya. も berfungsi seperti は dan membentuk partikel にも dan へも bila digunakan dengan に dan へ.
えんぴつは ありますが、ボールペンは ありません。
Saya mempunyai pensel tetapi saya tidak mempunyai pen mata bulat.
コーヒーは のみますが、こうちゃは のみません。
Saya minum kopi tetapi saya tidak minum teh.
本やへは 行きませんが、ゆうびんきょくへは 行きます。
Saya tidak pergi ke kedai buku tetapi saya pergi ke pejabat pos.
としょしつには でんわが ありませんが、じむしつには あります。しょくどうにも あります。
Di perpustakaan tidak ada telefon tetapi di pejabat pentadbiran ada. Di kafeteria juga ada.