Adjektif -i, adjektif -na dan kata nama boleh diguna bersama frasa いいですdan かまいません untuk menyatakan kebenaran. Ia menunjukkan keadaan yang dinyatakan oleh Aい, Aな, dan N yang tiada bermasalah.
さくぶんは みじかくても いいです。
Tiada masalah sekiranya karangan itu pendek.
ハイキングの 場所は きょねんと おなじでも いいです。
Tiada masalah sekiranya kita pergi bersiar-siar ke tempat yang sama kita pergi pada tahun lepas.
ハイキングの 日は 土よう日でも いいです。
Tiada masalah sekiranya kita pergi bersiar-siar pada hari Sabtu.