Ungkapan di atas adalah ungkapan hormat yang menyatakan kehormatan penutur terhadap N, iaitu pelaku kepada perbuatan yang dinyatakan oleh V. N adalah lebih tinggi status sosialnya daripada penutur, atau seorang yang penutur tidak berapa kenal. Dengan itu, N mestilah bukan penutur sendiri atau ahli kumpulannya (misalnya ahli keluarga, kawan rapat).
先生は、来月、国へお帰りになります。
Guru kami akan pulang ke negaranya bulan hadapan.
あの方はお喜びになるでしょう。
Saya pasti orang itu akan bergembira.