Setengah daripada adjektif -na boleh dijadikan bentuk sopan dengan menambahkan awalan お atau ご. Kata nama juga boleh dijadikan sopan dengan menambahkan awalan お atau ご. Bagaimanapun, hanya お boleh digunakan dengan adjektif -i.
Perhatikan bahawa perkataan yang menggunakan お biasanya tidak menggunakan ご, dan sebaliknya.
お元気ですか。
Anda sihatkah?
お幸せになってください。
Semoga anda berbahagia./Saya mengucapkan kebahagiaan kepada anda.
御自由にどうぞ。
Silalah jangan segan-segan.
お宅はどちらですか。
Di mana anda tinggal?
おいそがしいですか。
Anda sibukkah?