Apabila kata kerja gerak 行く(pergi), 来る(datang), dan かえる(pulang) diguna dalam bentuk Vている, ianya menyatakan keadaan berterusan yang dilahirkan oleh perbuatan tersebut (iaitu, seseorang sudah pergi/ datang/ pulang dan masih berada dalam keadaan demikian).
兄は タイに 行って います。
Abang saya sudah pergi ke Thailand. = Abang saya berada di Thailand.
マナさんは 日本に 来て います。
Mana datang ke Jepun dan masih berada di sini. = Mana berada di Jepun sekarang.
ジョンさんは 国に かえって います。
John sudah pulang ke negaranya. = John sudah berada di negaranya sekarang.
Lesson 11-4「マリアさんは てがみを かいて います。」
Maria sedang menulis surat.